Item request has been placed! ×
Item request cannot be made. ×
loading  Processing Request

The Level of Professionalism of Religious Primary School Teachers of the Islamic Religious Department of the Federal Territory Towards the Practice of Teaching Planning (Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Terhadap Amalan Perancangan Pengajaran)

Item request has been placed! ×
Item request cannot be made. ×
loading   Processing Request
  • Additional Information
    • Publication Information:
      Zenodo, 2022.
    • Publication Date:
      2022
    • Abstract:
      Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap amalan perancangan pengajaran. Secara umumnya, reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik. Di samping itu, bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai 274 responden yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian SPSS, versi 22 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan amalan perancangan pengajaran berada pada tahap tinggi (M=4.40, SP=0.32). Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru yang lain dalam usaha menambahbaik amalan perancangan pengajaran dalam bidang masing-masing dan mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan dan berkualiti. Sebagai kesimpulannya, kualiti amalan perancangan pengajaran guru SRA-JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikekalkan agar kecemerlangan pendidikan berterusan dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
    • Accession Number:
      10.5281/zenodo.6973156
    • Accession Number:
      10.5281/zenodo.6973157
    • Rights:
      CC BY
    • Accession Number:
      edsair.doi.dedup.....9b0e9af1a46a6154bcda37fe3fdd02f0