Item request has been placed! ×
Item request cannot be made. ×
loading  Processing Request

Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pengundi dalam PRU 2008: Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

Item request has been placed! ×
Item request cannot be made. ×
loading   Processing Request
  • Additional Information
    • Publication Information:
      Penerbit Universiti Malaysia Sabah
    • Publication Date:
      2022
    • Collection:
      Universiti Malaysia Sabah (UMS): Journal Management System
    • Abstract:
      Artikel ini membincangkan tingkah laku politik dengan memfokuskan kepada tingkah laku pengundi dalam sistem pilihan raya demokrasi. Prinsip asas yang menunjangi sistem demokrasi ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan, iaitu kerajaan yang akan memerintah menerusi amalan pilihan raya yang adil, bebas dan telus. Penulisan ini telah memilih tingkah laku pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan Labuan menerusi pilihan raya umum (PRU) 2008 sebagai kajian kes. Pilihan raya di Malaysia menunjukkan bahawa tingkah laku pengundi boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kredibiliti calon, pegangan agama, kekuatan parti, kedudukan ekonomi, kepentingan isu dan sebagainya. Makalah ini berusaha untuk mengenal pasti keutamaan tingkah laku pengundi di Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan tiga pendekatan iaitu pendekatan sosiologikal, pendekatan identifikasi parti dan pendekatan, pilihan rasional. Objektif utama makalah ini adalah mengkaji tingkah laku pengundi semasa proses pilihan raya berdasarkan tiga pendekatan tersebut dan kaitannya dengan kesedaran politik, penyertaan politik, sumber maklumat dan isu-isu pilihan raya. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan kuantitatif dalam mendapatkan data yang berkaitan dengan pilihan raya. Sebagai rumusan, tingkah laku pengundi dalam proses pilihan raya merupakan suatu tindakan yang boleh dipengaruhi oleh aspek sosial, politik dan ekonomi serta kaitannya dengan sumber maklumat dan isu-isu pilihan raya. This article is about political voting behavior in a democratic system of government. The main pillar of democracy is the people’s right to choose government through fair, free and transparent elections. This is a case study of voting behavior in the Federal Territory of Labuan based on the 2008 general election. The elections in Malaysia have shown that the voting behaviour can be influenced by several factors, namely the credibility of the candidates, religious belief, party unity, economic stability, importance of the issue and so on. This ...
    • File Description:
      application/pdf
    • Relation:
      https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/132/74; https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/132
    • Accession Number:
      10.51200/ejk.v20i0.132
    • Online Access:
      https://doi.org/10.51200/ejk.v20i0.132
      https://doi.org/10.51200/ejk.v20i0
      https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/132
    • Rights:
      Copyright (c) 2016 Jurnal Kinabalu (eJK)
    • Accession Number:
      edsbas.15173F9D